Monday, August 1, 2016

Assorted sandwich

Fenomena sandwich kini melanda!!!
Hihi...

Alhamdulillah...sekarang aneka-talam dh mula terima tempahan ASSORTED SANDWICH dalam kuantiti 18pcs dengan 3 layer roti. Yang paling penting mewah dengan inti-intinya...

Assorted sandwich ni terdapat 3 jenis flavour iaitu :-

1. Egg mayo
2. Tuna
3. Chicken mayo


So..sape nak order boleh wasap kite ye...
012.9547542 / 0





12.9591330

Friday, September 4, 2015

Durian crepe in da houz

Bismillah....
Assalamualaikum....

Setelah hampir 2 tahun tak buat durian crepe. Akhirnya...berjaya juga buat!!

Dan ni adalah sebahagian dari tempahan dari customer kesayangan AT...




Untuk makluman..AT akan menjual durian crepe hanya pada hari AHAD, ISNIN dan RABU sahaja.

Kalau nak rasa kelazatan durian crepe keluaran AT, menggunakan isi durian D24 yang fresh dan cream yang lazat berkrim..jangan lupa order ye...4 ketul RM10.00

In sha Allah tak menyesal

Jangan lupa sms @ whatsapp
012-9547542
012-9591330
4 ketul = RM10.00

Sunday, August 23, 2015

Sarapan pagi legend

Lama betul AT sunyi sepi..sebab tuanya busy bebeno.
Alhamdulillah...tempahan kuih talam x pernah putus. Cuma AT x update sebab rasanya..kuih yg sama. Hihi.

Ok hari AT nak bg post lain dari yang lain yang biasa AT post. Hahahhaha...ayat yang berbelit-belit.

Jom belajar macamana nak buat rendang dan pulut kuning.

Belanja gambar dulu ye...






Biasa je kan?
X pe...AT nak juga bg resepi. Hihi

Ni AT bg resepinye nyer...

PULUT KUNING a.k.a nasi kunyit (org trg panggil ye...)

Bahan-bahannya

  • 1kg beras pulut (dicuci & direndam dgn serbuk kunyit smlman)
  • 1 sudu besar garam
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 300gm santan
Cara-caranya

  1. Panaskan periuk pengukus hingga air mendidih
  2. Masukkan beras pulut yang telah disejat td dlm periuk pengukus
  3. Masuk pulut hingga masak
  4. Apabila dh masak..angkat pulut dan masukkab ke dlam besen besar (utk mudah kacau)
  5. Kemudian masukkan santan, gula dan garam ke dalam besen. Gaul bahan tadi bersama-sama hingga rata. 
  6. Bila dah rata..masukkan kembali pulut ke dalam pengukus dan kukus hingga betul-betul masak.
  7. Angkat dan siap utk dihidangkan..

RENDANG AYAM SIMPLE

Bahan-bahan
  1. 1 ekor ayam
  2. 1kg santan
  3. 2cm halia
  4. 2cm lengkuas
  5. 10 ulas bawang merah
  6. 3 ulas bawang putih
  7. 2 sudu besar cili boh
  8. 3 batang serai (1btg utk blender & 2 btg utk diketuk)
  9. 1 sudu besar kerisik
  10. 3 helai daun kunyit
  11. Garam secukup rasa
  12. Gula secukup rasa

Cara-caranya


  1. Blender halia,lengkuas, sebatang serai, bawang merah dan bawang putih hingga lumat
  2. Sementara itu, masak santan dalam kuali bersama cili boh
  3. Masukkan bahan yang diblender dan serai yang sudah diketuk ke dalam santan bersama gula dan garam
  4. Bila agak-agak santan dan bahan blender dan masak, masukkan ayam yang di bersihkan.
  5. Masukkan kerisik. Masak hingga pekat dan naik minyak.
  6. Bila dh sampai tahap kepekatan yang di sukai...boleh masukkan daun kunyit yang dah di potong halus....
  7. Tadaaaaa..dah siap!!! Boleh la makan bersama pulit kuning & lemang..

Senangkan....hihi. 

Sesekali bila keluarga AT teringin...boleh la buat. Selalu-selalukan muak pulak...

Hehehe...sekian perkongsian AT

Pssstttt...jgn lupa..AT sekarang dah ada produk baru.
a) brownies kukus lapis cheese

b) chocholate walnut brownies



c) congo bar

Kalau nak order..jangan malu, jangan segan sms/ whatsapp AT ye...
012-954 7542
@ 012-959 1330


Wassalam....






Wednesday, May 27, 2015

Birthday Girl

Bismillah..

Oppsss..bukan besday kiteee ye....
ni birthday my princess. birthdaynye 18 Mei 2015..dah 5 tahun dah umo. seperti yang di request, nak kek Hello Kitty katanya.

Seronok sangat budak sufi ni bila kita buar suprise. Siap nak menitik air mata la.....terkedu ada gak. hihihi

Sekadar nak tempek gambar aje :p
x buat party pun. Sekadar meraikan kami berempat...

Untuk makluman..ni la famili AT.
tulang belakang pada bisnes AT. Sebab diorg la juga AT masih bersemangat nak teruskan bisnes kuih talam dan kuih2 lain.

Soo....inilah birthday girlnye.








Ok taaaa...moga ketemu lagi yaa

Wassalam...♥♥♥♥


Bismillah....

Tempahan last week. Almaklum la...AT minggu lepas busy sikit kat ofis. X sempat la meng update kuih2 tempahan....hihi










* Tempahan boleh dibuat melalui panggilan @ sms @ whatsapp ke nombor

012-9547542 / 012-9591330

Monday, March 2, 2015

Rezeki Sabtu & Ahad

Tempahan dr Aida bangi.

Sabtu
 • 64pcs seri muka pandan


Ahad
 • 64pcs - talam sekoteng
 • 64pcs - talam cendol




* Tempahan boleh dibuat melalui panggilan @ sms ke nombor

012-9547542 / 012-9591330

Friday, February 27, 2015

Tempahan Jumaat 27/2/2015

Bismillah...Alhamdulillah...

Berjaya siapkan tempahan dari kak Hasmah dr Kementerian Dalam Negeri Kompleks D, Putrajaya.

1 talam kasui pandan
1 talam suji

Semoga kak Hasmah dan kawan-kawan berpuashati dengan kuih dari Aneka Talam.